Saiz Teks  A- A A+

Caj Dan Bayaran

a.  Caj Kemasukan Wad

  • Kadar bayaran deposit kemasukan wad di Hospital Shah Alam adalah bergantung kepada jenis perubatan dan mengikut kelas yang telah ditetapkan. Semua pesakit dikehendaki membayar deposit apabila dimasukkan ke wad.
  • Orang Awam Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing perlu membayar wang cagaran seperti yang telah ditetapkan ketika pendaftaran.
  • Kakitangan Kerajaan perlu mengemukakan Surat Pengesahan Kakitangan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan tempat pesakit/waris bertugas. (Sila maklumkan kepada petugas kaunter sekiranya pesakit / waris hendak menggunakan GL online HRMIS, dan sertakan sekali no. kad pengenalan pesakit/ waris yang berkenaan untuk memudahkan petugas kaunter mencari data pesakit/waris di dalam sistem HRMIS). 
  • Pesara Kerajaan perlu mengemukakan kad pesara bersama salinan kad pesara semasa pendaftaran.
  • Kakitangan Swasta yang berdaftar dengan KKM perlu mengemukakan Surat Jaminan Syarikat Swasta tempat pesakit/waris bertugas untuk dikecualikan dari membayar deposit.
  • Pelajar Sekolah/Pelajar IPT Awam perlu mengemukakan Surat Akuan Pelajar dari sekolah/IPT.

b.  Caj Wad

     i. Caj Wad Sehari

Kelas Wad Warganegara Bukan Warganegara

Kelas Satu:

Bilik 1 katil 

RM 80 RM 320

Bilik 2 katil

RM 40 RM 240

Bilik 2 katil atau lebih

RM 30 RM 200

Kelas Dua

RM 20 RM 180

Kelas Tiga

RM 3 RM 160

     ii. Caj Rawatan Sehari

Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga

Warganegara

RM 10 RM 5 Percuma

Bukan Warganegara

RM 100 sehari

Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.

c. Caj Bersalin

    i. Warganegara

Jenis Kelas Dua Kelas Tiga
Pembedahan Caesarean RM 400 RM 100
Bersalin Forcep RM 200 RM 50
Bersalin Breech RM 200 RM 50
Bersalin Biasa RM 150 RM 10

Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.

  ii. Bukan Warganegara

Jenis Fi
Pembedahan Caesarean RM 3,021
Bersalin Forcep / Breech / Vacuum RM 2,593
Bersalin Kembar RM 2,593
Bersalin Biasa RM 2,593
Caj Bilik Bersalin (BLKB) RM 300

Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.  

d. Caj Klinik Pakar

  i. Warganegara

Kes Rujukan Warganegara
Hospital/ Klinik Kerajaan Temujanji Pertama – Percuma
Temujanji Seterusnya - RM 5.00
Hospital/ Klinik Swasta Temujanji Pertama – RM 30
Temujanji Seterusnya – RM 5.00

                             Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.

  ii. Bukan Warganegara

RM 120 (Tidak termasuk ujian, rawatan dan siasatan)

e. Caj Laporan Perubatan

Jenis Laporan Warganegara Bukan Warganegara
Laporan ringkas/pendapat disediakan oleh Pegawai Perubatan RM 40 RM 120
Laporan ringkas/pendapat disediakan Pakar RM 80 RM 240
Pendapat lengkap disediakan oleh Pakar RM 200 – 1000 RM 400 hingga RM 2,000 bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat itu.

f. Caj Siasatan

    i. Rujukan Kerajaan - Tiada bayaran lain dikenakan selain RM 5.00 untuk pendaftaran.

   ii. Rujukan Swasta - Pendaftaran RM 5.00 tidak termasuk lain-lain siasatan, caj siasatan adalah sama dengan harga warga asing kelas satu1

  iii. Warga Asing - Pendaftaran RM 60.00 tidak termasuk lain-lain siasatan, caj siasatan mengikut harga kelas satu.

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam