Saiz Teks  A- A A+

Jabatan Oftalmologi

 

PENGENALAN

Jabatan Oftalmologi Hospital Shah Alam bertindak sebagai Pusat Perkhidmatan Oftalmologi yang merangkumi:

  1. Perkhidmatan perawatan mata sekunder
  1. Perkhidmatan perawatan mata tertiari bagi Unit Medical Retina
  1. Perkhidmatan perawatan mata bagi kes-kes kecemasan
  1. Perkhidmatan optometri dan pemulihan penglihatan
  1. Latihan dalam bidang penjagaan dan perawatan mata
  1. Program Pencegahan kebutaan

Selaras dengan visi Kementerian Kesihatan, Jabatan Oftalmologi berikrar akan mengamalkan pendekatan yang holistik dalam menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang mempunyai masalah mata.

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan terbaik dalam persekitaran mesra pesakit dalam usaha untuk memaksimakan kualiti perawatan bagi pesakit.
  2. Memainkan peranan aktif untuk meningkatkan perkembangan dalam bidang      profesional menerusi program pembelajaran yang berterusan.
  3. Menjadi teras utama dan pusat rujukan dalam penyediaan “Clinical Practice Standards”.
  4. Penglibatan aktif dalam kajian-kajian klinikal dan kesihatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

VISI

Menyediakan perkhidmatan penjagaan dan perawatan mata yang cemerlang.

 

MISI

Kami beriltizam untuk :

  1. Memberi perkhidmatan Oftalmik yang berkualiti.
  2. Menyediakan latihan yang berterusan kepada kakitangan dalam usaha untuk mencapai visi yang telah ditetapkan.
  3. Meningkatkan kesedaran berkenaan penjagaan dan perawatan penyakit mata, pencegahan kebutaan dan juga pemulihan penglihatan secara holistik dengan penglibatan aktif pesakit.
  4. Memberi komitmen yang tinggi dalam kajian dan pemahaman  berkenaan penyakit-penyakit mata bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

 

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA JABATAN/UNIT

  1. Perkhidmatan pesakit luar

1.1 Perkhidmatan kes kecemasan mata

1.2 Perkhidmatan oftalmologi umum

1.3 Perkhidmatan penjagaan mata bagi pesakit diabetik

1.4 Perkhidmatan subspesialiti

1.5 Perkhidmatan pra dan pos pembedahan

1.6 Perkhidmatan optometri dan pemulihan penglihatan

   2.  Perkhidmatan pesakit dalaman

2.1 Perkhidmatan pembedahan mata

2.2 Perkhidmatan rawatan penyakit mata

   3.  Perkhidmatan Ambulatori (Ambulatory Care Services)

   4.  Perkhidmatan latihan

   5.  Perkhidmatan pencegahan kebutaan yang disediakan:

5.1 Promosi kesihatan mata

5.2 Saringan ROP (Retinopathy of Prematurity)

5.3 Saringan Diabetik Retinopati

5.4 Saringan ARMD (Age Related Macular Degeneration)

5.5 Latihan kakitangan perawatan primer

 

Direktori

1. Talian utama 03- 55263000

    03- 55263200 ex 3101

2. Maklumat Ketua Jabatan :

    Dr Hjh Nor Fariza Binti Ngah DPT,

    Ketua Jabatan,  

    Jabatan oftalmologi,

    Hospital Shah Alam

    MMC No : 29577

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam