Saiz Teks  A- A A+

Jabatan Ortopedik

PENGENALAN
Jabatan Ortopedik Hospital Shah Alam akan menyediakan perkhidmatan rawatan bagi kes-kes trauma, kes-kes elektif, pesakit dalam dan pesakit luar. Jabatan ini menyediakan kemudahan Klinik Pakar Ortopedik di tingkat 3, sebuah wad Ortopedik yang mempunyai 28 katil bertempat di tingkat 11 berserta 2 buah Dewan Bedah Ortopedik di tingkat 6.

MISI
Jabatan Ortopedik Hospital Shah Alam akan menyediakan perkhidmatan kepakaran yang berkualiti tinggi dalam bidang kesihatan ‘Muskuloskeletal‘.

VISI
Jabatan Ortopedik Hospital Shah Alam memiliki cita-cita yang tinggi di mana pihak Jabatan akan:
1. Memberikan rawatan yang terbaik.
2. Sentiasa mengutamakan pesakit, akan memastikan aliran kerja Jabatan yang lancar, kos efektif dan mesra pesakit.
3. Memupuk proses pembelajaran dalam bidang Ortopedik melalui ‘Continuous Medical Education’, penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
4. Menggalakkan Pakar Perubatan untuk melakukan ‘Clinical Research’ dan mengintegrasikan perkembangan terkini dalam rawatan harian mereka.

PERKHIDMATAN YANG DI SEDIAKAN
Menyediakan perkhidmatan perawatan pesakit bagi:
1. kes-kes Ortopedik am
2. Trauma
3. ‘Limb Lengthening and Reconstructive Surgery (LLRS)’
4. ‘Arthroplasty’
5. ‘Arthroscopic surgery’
6. ‘Spine’
7. ‘Paediatric Orthopedic’

Menyediakan perkhidmatan pembedahan
1. Menjalankan pembedahan kecemasan
2. Menjalankan pembedahan elektif
3. Pengurusan specimen - rujuk Garis Panduan Amalan Kejururawatan Perioperatif 2008
4. Pengendalian ‘body part’
5. Pengurusan Pembelian Implant - rujuk MOH/P/PAK/180.09 (GU)

Lain-lain perkhidmatan
1. Menganjurkan Kursus/ Bengkel/ Seminar/ ‘Continuing Medical Education’ (CME)
2. Menyediakan perkhidmatan ‘Medical Report’ dan SOCSO

 

No. telefon klinik
Sambungan 4001

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam