Saiz Teks  A- A A+

Jabatan Pembedahan Am

 

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Am Hospital Shah Alam menyediakan perkhidmatan rawatan  ”secondary care” kepada semua kes-kes berkaitan pembedahan am untuk semua peringkat umur yang merangkumi pesakit luar dan pesakit dalam.

Jabatan Pembedahan Am mempunyai 2 wad bedah, 1 wad lelaki dan 1 wad perempuan dimana kedua-dua wad ini digunasama dengan disiplin bedah yang lain iaitu Oftalmologi, ORL, Pembedahan Maxillo-Facial & Dental dan Ortopedik. Setiap wad mempunyai kapasiti 28 katil. Perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini termasuk perkhidmatan endoskopi, pembedahan rawatan harian, klinik pakar Pembedahan Am dan perkhidmatan wad di mana pesakit boleh menjalani pembedahan elektif atau kecemasan.

 

VISI DAN MISI

Visi

Mewujudkan Jabatan Pembedahan Am yang menawarkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan efisien melalui kerja berpasukan selaras dengan perkembangan dan keperluan para pelanggan.

Misi

Jabatan Pembedahan Am Hospital Shah Alam akan memberikan perkhidmatan pembedahan am yang berkualiti bagi memastikan penyembuhan kesihatan yang optima secara profesional, efektif dan selamat bagi memuaskan kehendak para pelanggan.

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan diagnostik , rawatan dan rehabilitasi yang optima melalui kerjasama dengan lain-lain perkhidmatan klinikal dan sokongan di dalam dan luar hospital.
  2. Melatih semua kategori kakitangan bagi memantapkan tahap pengetahuan, kecekapan bekerja dalam menyediakan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti dan optima.
  3. Mempromosi kesedaran awam tentang pentingnya pencegahan penyakit dan rawatan awal.
  4. Mewujudkan suasana budaya kerja beretika dan cemerlang di kalangan anggota.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. KLINIK PEMBEDAHAN AM
    1. Rawatan pesakit luar bagi kes baru
    2. Rawatan pesakit luar bagi kes ulangan
    3. Rawatan luka, cucian luka dan membuka jahitan/klip
    4. Klinik sitologi (Dengan kerjasama Jabatan Patologi)
    5. Rubber banding untuk kes-kes hemorrhoid
    6. “Continous Nursing Education”
    7. Pendidikan kesihatan
  2. UNIT ENDOSKOPI
    1. Rawatan diagnostik/ terapeutik ‘Upper Endoscopy” / OGDS
    2. Rawatan diagnostik/ terapeutik ‘Lower Endoscopy” / Colonoscopy
  3. WAD-WAD PEMBEDAHAN AM
    1. Rawatan pesakit dalam
    2. Persediaan pesakit untuk pembedahan elektif
    3. Persediaan pesakit untuk pembedahan kecemasan
    4. Rawatan luka pembedahan/membuka jahitan atau klip
    5. Pendidikan kesihatan

 

Direktori

Talian utama : 03-55263000 ext 3001

Maklumat Ketua Jabatan :

Dr Lee Yuk Loong

No. Pend. Penuh MMC : 32991

Ketua Jabatan

Jabatan Pembedahan Am

Hospital Shah Alam

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam