Saiz Teks  A- A A+

Jabatan Pergigian Pediatrik

 

Pengenalan

Jabatan Pergigian Pediatrik di Hospital Shah Alam berfungsi sebagai pusat rujukan bagi kes-kes pergigian dan oral trauma untuk kanak-kanak (berumur 16 tahun dan ke bawah) dari Daerah Petaling dan kawasan sekitarnya.

 

Objektif

  1. Memberi perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara komprehensif kepada kanak-kanak melalui rawatan pencegahan, konservatif dan kuratif.
  2. Memberi perkhidmatan “on-call” untuk kes kecemasan pergigian pediatrik.
  3. Melaksanakan rawatan pencegahan klinikal di kalangan kanak-kanak berkompromi perubatan dan dengan keperluan khas.
  4. Memberi latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota professional dan paramedic dalam bidang pergigian pediatrik.
  5. Menjalankan program kajiselidik dan audit
  6. Memberi perkhidmatamn yang berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kepakaran  Pergigian Pediatrik.

 

Visi

Meningkatkan tahap kesihatan mulut kanak-kanak ke peringkat optimum bagi meningkatkan kualiti kesihatan kanak-kanak- secara keseluruhan.

 

Misi

Misi Jabatan Pergigian Pediatrik adalah untuk memberi perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik yang mesra pelanggan, cekap, kos-efektif dan inovatif di samping memupuk sikap positif kanak-kanak kepada kesihatan mulut melalui pendidikan kesihatan yang berkesan dan berterusan.

 

Aktiviti-aktiviti Utama Jabatan

  1. Pengendalian kes rujukan pesakit luar
  2. Pengendalian kes temujanji susulan
  3. Pengendalian kes rujukan pesakit dalam/kecemasan
  4. Pengendalian kes pesakit dalam wad
  5. Pengendalian kes rawatan di unit rawatan harian
  6. Pengendalian kes rawatan di dewan bedah
  7. Pengendalian kes panggilan di luar waktu pejabat
  8. Penyediaan laporan perubatan

 

Direktori

  1. Talian Utama: 03-5526 3000

03- 5526 3000 ext. 5503

  1. Maklumat Ketua Jabatan:

DR. JUANNA BAHADUN

KETUA JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK

HOSPITAL SHAH ALAM

(MDC. N0: 2526)

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam