Saiz Teks  A- A A+

Jabatan Kecemasan & Trauma

 

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Shah Alam memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Shah Alam dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisien disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan plan yang komprehensif termasuk pengendalian Pra Hospital, resusitasi, stabilisasi dan pengurusan perawatan definitif, Khidmat Pusat Bersepadu ( OSCC ), pengurusan bencana, dan pengendalian pasukan perubatan untuk upacara-upacara rasmi.

Plan pengurusan pesakit memerlukan pendekatan yang meluas meliputi fokus kepada pelanggan, perawatan yang berkualiti, tahap kesihatan yang baik dan menjaga maruah pesakit di samping beberapa pendekatan lain seperti mengadakan aktiviti pendidikan kesihatan.  

 

VISI 

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Shah Alam menjadi salah satu pusat yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat, cekap dan efisien.

 

MISI 

  • Menjadikan Jabatan Kecemasan sebuah tempat yang selamat dalam memberi perawatan kepada pesakit.
  • Menyediakan pengurusan masa yang tepat, cepat dan efisien terhadap pesakit dan keluarga untuk memastikan keperluan dan kepuasan pelanggan di penuhi.  
  • Menyediakan perancangan yang tepat untuk pesakit dengan mendapatkan nasihat dari unit atau disiplin yang lain dan ini akan menjanjikan perawatan lebih efektif
  • Berkerjasama dengan komuniti tempatan dan kebangsaan, sektor swasta dan bantuan penyelamat yang lain bagi mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan perawatan kecemasan khususnya.
  • Menekankan keselesaan dan kesihatan pesakit dan mengambil kira semua faktor yang menyentuh aspek sensitiviti, budaya dan tahap sosio-ekonomi dalam pengurusan.
  • Menyediakan perkhidmatan klinikal, perkhidmatan sosial dan perkhidmatan pembelajaran yang berterusan berpandukan ”Clinical Practice Guidelines” ( CPG ) dan sesi paktikal yang menyeluruh.

 

OBJEKTIF 

  • Memberi perawatan kecemasan bersepadu dan berterusan bermula dari perkhidmatan pra hospital sehingga ke peringkat hospital.
  • Memberi perkhidmatan kecemasan yang berkualiti, kepakaran untuk pesakit atau pelanggan melalui kerja berpasukan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai.
  • Kualiti dan rawatan efisien yang diberikan kepada pesakit adalah berdasarkan kepada keutamaan dan kepentingan berfokuskan pendekatan menyeluruh dan kerjasama antara anggota.
  • Setiap pesakit akan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur rawatan dan cadangan rawatan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  • Memastikan dan melengkapkan semua anggota Jabatan Kecemasan dengan pengetahuan dan kemahiran agar perkhidmatan yang diberi adalah cekap, tepat dan selamat.
  • Mewujudkan suasana berpasukan antara anggota Jabatan Kecemasan dan pelanggan dengan mengamalkan sikap penyayang dan professional.
  • Menggalakkan penyelidikan dan audit untuk memelihara dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan Panggilan Ambulan

  • Perkhidmatan ini termasuklah resusitasi, stabilisasi di tempat kejadian dan pengangkutan pesakit ke Hospital atau ke Hospital yang berkaitan.

Perkhidmatan Perawatan Kecemasan

  • Semua pesakit akan disaring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum dilihat oleh Pegawai Perubatan.
  • Pesakit akan disaring mengikut 3 kategori berdasarkan “Malaysian Triage Category” iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau.
  • Pesakit akan terus ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan , nasihat yang tepat dan betul.
  • Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah:
    • Resusitasi dan stabilisasi pesakit,
    • Diagnosis dan prosedur intervensi.
    • Perawatan definitif.
    • Perawatan asma.
    • Wad Pemerhatian
    • Pembedahan kecemasan ( Dewan Bedah Trauma )

Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC)

  • Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol, penderaan kanak-kanak, dan keganasan rumahtangga. 

Pengurusan Bencana

  • Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan. 

Pemeriksaan Medikolegal

  • Menjalankan pemeriksaan medikolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan.

Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( Call Centre )

  • Bertindak sebagai Pusat Koordinasi Perubatan untuk rujukan luar. Ia juga bertindak sebagai koordinasi perkhidmatan ambulan kecemasan disekitar kawasan Shah Alam. 

 

ZON – ZON YANG DISEDIAKAN

Zon Hijau ( Zon Tidak Kritikal ) 

  • Kes-kes yang stabil dan dilihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit. 
  • Kes yang akan dirujuk dari Zon Hijau kepada unit lain akan dilihat dalam masa 1 jam. 
  • Bagi kes yang perlu dimasukkan ke wad tetapi memerlukan nasihat dari jabatan yang dirujuk, jabatan tersebut perlu merespon kurang dari 30 minit selepas rujukan dibuat. 

Zon Kuning ( Zon Separa Kritikal ) 

  • Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning dalam masa 30 minit. 
  • Semua kes yang telah dirujuk kepada unit lain untuk pandangan mahupun dimasukkan ke wad, unit tersebut harus melihat pesakit dalam masa 30 minit. 

Zon Merah ( Zon Kritikal ) 

  • Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah ( Respon dalam masa 0 minit ) 
  • Masa respon untuk Pegawai Perubatan dari unit lain datang melihat pesakit adalah 15 minit selepas rujukan dibuat. 
  • Semua kes yang telah dirujuk dari Zon Merah perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut. Pegawai Perubatan Pelatih mahupun Pegawai Perubatan yang baru tidak dibenarkan melihat pesakit di Zon Merah melainkan ada Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan yang senior dalam unit yang sama. 
  • Penglibatan awal pakar dalam pengendalian perawatan kecemasan di Zon Merah adalah yang terbaik.

 

MAKLUMAT LAIN

Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma Hospital Shah Alam beroperasi 24 jam setiap hari.

Pesakit dan Pelanggan yang datang mendapatkan rawatan disini adalah mereka yang mengalami masalah kesihatan serta kes-kes kecemasan yang serius atau kritikal.

Untuk mendapatkan perkhidmatan sila berjumpa dengan petugas di pintu masuk jabatan yang dikenali sebagai Petugas Saringan atau Petugas Triage. Maklumkan keperluan kecemasan anda.

Interaksi anda membolehkan mereka membuat penilaian awal dan menyesuaikan permasalahan kecemasan dengan jenis perawatan.

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam