Saiz Teks  A- A A+

Bahagian Kewangan

 

PENGENALAN

Bahagian Kewangan bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan, perakaunan dan kutipan hasil hospital dengan memastikan penggunaan sumber yang efisien dan pematuhan peraturan kewangan.

 

OBJEKTIF

  • Memastikan peruntukan sewajarnya diperolehi untuk pengoperasian hospital dan dibelanjakan secara efisien serta mematuhi peraturan kewangan.
  • Pembayaran bagi bekalan dan perkhidmatan dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Memaksimumkan kutipan hasil hospital dan meminimumkan tunggakan hasil.

 

MISI

Memastikan khidmat sokongan kewangan yang berkualiti diberikan dan mematuhi peraturan kewangan dan perakaunan semasa yang berkuatkuasa supaya semua aktiviti hospital dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

 

AKTIVITI UTAMA BAHAGIAN

  1. Pengurusan Akaun Dan Kewangan
  • Menyedia dan menyelaraskan bajet mengurus dan pembangunan hospital.
  • Memantau prestasi perbelanjaan dan penyediaan Laporan-laporan Kewangan.
  • Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem eSPKB bagi pembayaran bil bekalan, perkhidmatan dan elaun-elaun Perkhidmatan Awam anggota hospital.
  • Menguruskan permohonan pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer anggota hospital.

   2.  Pengurusan Gaji

  • Menguruskan pembayaran gaji dan elaun anggota hospital.
  • Menguruskan pembayaran Elaun Lebih Masa, EKLWBB dan lain-lain elaun anggota hospital.

   3.  Pengurusan Hasil

  • Menguruskan semua kutipan dan penerimaan hasil hospital, termasuk deposit pesakit.
  • Penyediaan Laporan Bulanan dan Tahunan Hasil.
  • Pengurusan Tunggakan Hasil.

 

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

  • Talian Utama : 03-5526 3000
  • Unit Gaji : ext. 2860
  • Unit Bayaran: ext. 2852
  • Unit Hasil: ext. 1107

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam