Saiz Teks  A- A A+

Bahagian Perolehan & Aset

 

PENGENALAN

Unit Perolehan dan Aset adalah salah satu unit di bawah Jabatan Pengurusan dan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N36 selaku Ketua Bahagian Perolehan dan Aset, seorang Penolong Pegawai Tadbir N32 (Perolehan), seorang Penolong Pegawai Tadbir N32 (Aset),Seorang Pembantu Tadbir N22 (Perolehan) dan 3 orang Pembantu Tadbir N17. Fungsi utama Unit Perolehan dan Aset adalah bertanggungjawab dalam urusan perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja secara pembelian terus atau sebutharga serta menyelaras pengurusan aset alih dan stor – stor utama di Hospital Shah Alam.

 

OBJEKTIF

  1. Merancang dan mengurus aktiviti perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja selaras dengan tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa.

  1. Memastikan semua perolehan kerajaan adalah yang terbaik dan menguntungkan.

  1. Memastikan semua perolehan kerajaan diuruskan secara cekap, berkesan, teratur dan telus.

  1. Merancang dan mengurus aktiviti pengurusan aset dan stor selaras dengan tatacara pengurusan aset dan stor yang sedang berkuatkuasa.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Mengurus perolehan secara pembelian terus dan sebutharga serta mengeluarkan Pesanan Tempatan.

  2. Menyelaraskan semua perolehan sebutharga secara Tender dan Sebutharga.

  3. Menyelaraskan urusan spesifikasi untuk urusan perolehan secara tender oleh JKNS.

  4. Menyelaraskan pengurusan aset alih kerajaan.

  5. Menyelaraskan pengurusan stok terutama pemeriksaan dan verifikasi di Stor Utama Bekalan Pejabat, Dapur, Makmal dan Farmasi.

  6. Mengemukakan laporan-laporan perolehan, aset dan stor ke JKNS setiap suku tahun.

 

Direktori :

1.    Talian utama 03- 55263000

       03- 55263200 ex 2822,2877,2875,2001

2.    Maklumat Ketua Bahagian :

       Abdul Razak Bin Ahmad Zaki

       Ketua Bahagian,  

       Bahagian Perolehan dan Aset

       Hospital Shah Alam

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam