Saiz Teks  A- A A+

Bahagian Teknologi Maklumat

 

PENGENALAN

Bahagian Teknologi Maklumat telah ditubuhkan pada Mac 2013 dan diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan dua orang Juruteknik Komputer.

 

VISI

Membudayakan penggunaan ICT dalam pentadbiran dan perkhidmatan secara lebih cekap dan berkesan.

 

MISI

Memberi perkhidmatan berkualiti, professional, efektif dan efisyen untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi semua warga Hospital Shah Alam.

 

OBJEKTIF

Mempertingkatkan kecekapan pengurusan ICT bagi menyokong keperluan strategik Hospital Shah Alam serta membudayakan ICT dikalangan warganya.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Penyenggaraan

    1. Mengurus, menyenggara dan menyelaras infrastruktur ICT hospital.

    2. Mengurus dan menyenggara rangkaian.

    3. Memantau aplikasi sistem.

  1. Bantuan Teknikal

    1. Mengurus bantuan dan sokongan teknikal iaitu Sokongan Level Pertama dan Meja Bantuan berkaitan peralatan, perisian, aplikasi dan rangkaian ICT.

  1. Perancangan

    1. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus ICT kepada warga Hospital Shah Alam.

    2. Merancang dan melaksanakan perolehan ICT.

    3. Merancang infrastuktur rangkaian seluruh hospital.

    4. Merancang keperluan alat ganti.

  1. Pembangunan

    1. Mengurus dan memantau sistem aplikasi dalaman mengikut kepada keperluan semasa/jabatan/unit.

    2. Menaiktaraf dan menambahbaik infrastruktur rangkaian mengikut keperluan.

  1. Pengurusan

    1. Mengurus dan memantau emel anggota.

    2. Mengurus dan memantau asset ICT.

 

Direktori

1.     Talian utama 03- 55263000/ 03-55263400

2.     Maklumat Ketua Jabatan:

Shazalienna Binti Saharudin

Ketua Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Teknologi Maklumat

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam