Saiz Teks  A- A A+

Unit Kejuruteraan

 

PENGENALAN

Unit Kejuruteraan Hospital Shah Alam Selangor, HSAS adalah salah satu Unit Teknikal yang bertindak sebagai penasihat kepada Pengarah Hospital atas segala perkara yang melibatkan Sistem Kejuruteraan dan Perkhidmatan Sokongan Hospital, PSH yang diuruskan oleh Syarikat Konsesi yang dilantik. Antara tanggungjawab Unit Kejuruteraan HSAS adalah:

1. Memantau dan mengawalselia PSH yang berikut;

     · Facility Management Services, FMS

     · Facility Engineering Management Services, FEMS

     · Biomedical Equipment Management Services, BEMS

     · Healthcare Waste Management Services, HWMS

     · Linen and Laundry Services, LLS

     · Cleansing Services, CLS

2. Terlibat dalam urusan pelupusan dan verifikasi aset-aset Hospital

3. Penasihat teknikal untuk sistem Kejuruteran Hospital dan kontrak PSH

OBJEKTIF

1. Memantau perlaksanaan PSH agar ianya dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi.

2. Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna Hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.

3. Memastikan PSH yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah berterusan, cekap dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

4. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal.

5. Membantu menguruskan pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan.

6. Memberi pendidikan dan latihan kepada pengguna bagi mempertingkatkan pemahaman tentang PSH Hospital.

VISI

Menjadi rujukan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, BPK, KKM sebagai Unit Kejuruteraan Hospital yang berjaya meningkatkan imej Hospital dengan Perkhidmatan Sokongan yang berkualiti tinggi.

MISI

Unit Kejuruteraan Operasi akan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan:

     · Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti hospital, kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan, kebersihan, linen dan pelupusan sisa klinikal diurus dengan       berkesan.

     · Menjalankan pemeriksaan dan audit teknikal bagi semua sistem fasiliti Hospital termasuk kemudahan asas dan awam.

     · Memberikan khidmat nasihat teknikal secara profesional berkaitan dengan perkhidmatan kejuruteraan dan kontrak PSH.

     · Mewujudkan satu budaya kerja berpasukan dan bekerjasama di antara warga Hospital dan Syarikat Konsesi PSH.

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA UNIT KEJURUTERAAN

1. Pemantauan dan Mengawalselia PSH

      1.1 Lawatan audit teknikal berjadual ke setiap kawasan Hospital

      1.2 Penyemakan data dan dokumen PSH dari Syarikat Konsesi

      1.3 Mengurusetia Mesyuarat Validasi PSH

2. Pengurusan Pelupusan Aset

       2.1 Penyemakan permohonan pelupusan aset

       2.2 Penyediaan sijil Pelupusan KEW-PA16

3. Penasihat Teknikal:

       3.1 Menyediakan laporan-laporan teknikal ke atas segala insiden yang melibatkan PSH.

       3.2 Melaporkan keadaan terkini aduan-aduan PSH yang masih dalam tindakan Syarikat Konsesi.

Direktori :

1. Talian utama: 03-5526 3000/ 3400 ext: 2003

2. Maklumat Ketua Unit:

ARIHAN SALLEHIN IDRIS

Ketua Unit,

Unit Kejuruteraan,

Hospital Shah Alam

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam