Saiz Teks  A- A A+

Unit Perpustakaan


Perpustakaan Perubatan ini berperanan memberi maklumat terkini mengenai perubatan dan kesihatan.

PENGENALAN
Unit Perpustakaan Hospital Shah Alam merupakan Perpustakaan Khusus yang diletakan di bawah jabatan Pengurusan Hospital Shah Alam. Ia memberi perkhidmatan kepada semua kakitangan, paramedik dan pelajar praktikal pelbagai kategori di Lembah Klang.

VISI
• Menjadikan Perpustakaan sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan      masyarakat Hospital Shah Alam yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.

MISI
• Membantu organisasi dalam membina warga Jabatan yang kaya dengan maklumat dan seterusnya kaya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan,                 pendedahan kemahiran kepada penggunaan bahan dan pencarian maklumat.
• Memastikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti dalam mempertingkatkan prestasi institusi dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra          sesuai dengan suasana pembelajaran dan penyelidikan.

PIAGAM PELANGGAN

  •  Membantu pelanggan mengesan, mengakses dan memperolehi maklumat
  •  Segala pertanyaan rujukan akan diberi maklumbalas dengan serta merta atau dalam jangka waktu yang ditetapkan
  •  Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pengguna
  •  Akan berkhidmat dengan cemerlang dan mesra

OBJEKTIF

  •  Menjadikan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu dan maklumat yang cemerlang kepada pengguna pelbagai kategori bagi tujuan perancangan kesihatan,  perawatan, perubatan, dan penyelidikan.

    •   Menjadikan perpustakaan sebagai tempat bacaan, rujukan, dan penyelidikan di dalam menggalakkan warga organisasi membaca bagi menwujudkan                      masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca.
    •   Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti, lengkap, sistematik, dan terkini.

 

FUNGSI PERPUSTAKAAN
1. Mengurus dan Menyelenggara Pembangunan Koleksi Perpustakaan.

Aktiviti:

  • Pembinaan Koleksi Perpustakaan
  • Pendokumentasian Bahan Perpustakaan
  • Penyelenggaraan Koleksi

2. Mengurus dan Mengendalikan Perkhidmatan Perpustakaan.

Aktiviti:

  •  Pendaftaran Pembaca
  •  Perkhidmatan Rujukan
  •  Perkhidmatan Pinjaman
  •  Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
  •  Pinjaman Berkelompok (Perpustakaan Negara Malaysia)
  •  Profil Pembaca
  •  Pangkalan Data (OPAC)
  •  Pempakejan Maklumat
  •  Perkhidmatan Multimedia
  •  Perkhidmatan Internet
  •  Keratan Akhbar

3. Mengurus dan Menyelaras Promosi Perpustakaan

  •  Pameran Buku Baru
  •  Demostrasi Produk dan Perkhidmatan Perpustakaan
  •  Emel Buku – buku baru
  •  Laman Web perpustakaan
  •  Kempen Galak Membaca

AKTIVITI
Rujukan dan Perujukan
Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan, dan pencarian maklumat daripada sumber perpustakaan organisasi atau daripada pangkalan data dalam dan luar negara. Pengguna boleh merujuk ke perpustakaan lain melalui laman web organisasi tersebut sekiranya bahan dan pertanyaan rujukan tidak dapat diperolehi dari perpustakaan jabatan.

 

PINJAMAN
Perpustakaan perlu menyediakan perkhidmatan pendaftaran, pinjaman, dan tempahan secara atas talian. Perkhidmatan ini hanya terhad kepada pengguna organisasi. Hanya buku - buku yang dibenarkan untuk pinjaman manakala majalah dan jurnal untuk bacaan di dalam perpustakaan sahaja.

 

SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (Pinjaman Antara Perpustakaan).
Perkhidmatan ini disediakan bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna dengan mendapatkan maklumat dari organisasi - organisasi lain. Sistem Pembekalan Penerbitan ini diselaraskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

 

PROFIL PENGGUNA 
Pangkalan data profil pengguna staf organisasi terpilih perlu dibina dan dikemaskini bagi memastikan maklumat dapat disediakan mengikut keperluan.

 

SISTEM KESEDARAN SEMASA 
Maklumat terkini mengenai perubatan dan kesihatan boleh diperolehi melalui laman web perpustakaan, keratan akhbar, abstrak, dan indeks, senarai perolehan, pangkalan data bibliografi sumber perpustakaan dan pameran buku baru.

 

PENDIDIKAN PENGGUNA 
Program pendidikan pengguna perlu disediakan bagi memastikan pengguna dimaklumkan tentang aktiviti dan perkhidmatan perpustakaan disamping memahirkan penggunaan kemudahan perpustakaan dan pencarian maklumat.

 

KAEDAH MAKLUMAT 
Perkhidmatan ini disediakan mengikut keperluan pengguna bagi kemudahan mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan mengikut tajuk - tajuk yang terpilih.

 

OPAC (Online Publication Access Catalogue)
Web OPAC disediakan bagi memudahkan segala maklumat mengenai bahan - bahan yang ada diperpustakaan boleh di kesan dan diperolehi dengan cepat dan berkesan.

 

INTERNET / INTRANET 
Ahli perpustakaan boleh menggunakan perkhidmatan pencarian dan perkongsian maklumat di dalam dan luar negara melalui internet / intranet dengan menggunakan komputer yang disediakan di terminal komputer.

 

NURUL ATIKAH BINTI YUSOFF
Ketua Unit Perpustakaan
sambungan : 1308

 

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam