Saiz Teks  A- A A+

Jabatan Dietetik & Sajian

 

1.0    PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian adalah salah sebuah jabatan sokongan klinikal di Hospital Shah Alam. Jabatan ini terletak di aras 1 Zon A, besebelahan dengan Jabatan Forensik dan Unit Kejuruteraan. Jabatan ini menawarkankan 2 perkhidmatan yang utama iaitu :

  1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal yang melibatkan penyampaian ‘Medical Nutrition Therapy’ (MNT) dalam membantu perawatan pesakit yang dirujuk.

  2. Perkhidmatan Sajian Makanan yang mana aktiviti sajian makanan diswastakan dan dijalankan secara berpusat.

 

2.0    VISI

Jabatan Dietetik dan Sajian akan sentiasa berusaha dalam perkembangan perkhidmatan dietetik, perkhidmatan sajian makanan dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

 

3.0    MISI

Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk:

Perkhidmatan Dietetik

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promotif, pencegahan, rawatan dan pemulihan berdasarkan amalan ’evidenced-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.

  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Perkhidmatan Sajian Makanan

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan menggunakan sistem yang bersesuaian serta berkualiti.

  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan cekap berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

 

4.0    SKOP PERKHIDMATAN

4.1    Perkhidmatan Dietetik

Perkhidmatan Dietetik  yang ditawarkan adalah seperti berikut:

    1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal untuk pesakit dalam dan pesakit luar

    2. Kajian dan penyelidikan

    3. Perkhidmatan Komuniti

Pengurusan Perkhidmatan Dietetik adalah seperti berikut:

    1. Pengurusan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam

    2. Pengurusan Rawatan Susulan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam

    3. Pengurusan Pemakanan Enteral Pesakit Dalam

    4. Pengurusan Pelan Discaj Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam

    5. Pengurusan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Individu

    6. Pengurusan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Berkumpulan

    7. Pengurusan Rawatan Susulan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar

 

Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Individu

Klinik Dietetik Pesakit Luar (individu) akan diadakan 4 kali seminggu di aras 1, Klinik Pakar. Jadual perkhidmatan kaunseling pemakanan adalah seperti berikut:

 

Hari

Masa

Isnin

8.00 pagi hingga 1.00 petang

Selasa

8.00 pagi hingga 1.00 petang

Rabu

8.00 pagi hingga 1.00 petang

Khamis

8.00 pagi hingga 1.00 petang

 

Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Berkumpulan

Klinik dietetik (Berkumpulan) akan diadakan pada hari Jumaat, pada 10.00 hingga 11.00 pagi

 

Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam

Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam akan dikendalikan di wad pada setiap hari bekerja daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

 

4.2    Perkhidmatan Sajian Makanan

Menyediakan makanan yang selamat dan berkualiti dengan menggunakan sistem yang bersesuaian bagi menepati keperluan pemakanan pesakit dengan mematuhi panduan dan peraturan kebersihan dan keselamatan makanan.

Perkhidmatan Sajian Makanan adalah seperti berikut:

    1. Menyediakan diet normal dan diet teraputik  mengikut pesanan wad untuk wad diraja, kelas satu, dua, tiga, wad kanak-kanak, ibu menemani anak (MAC) dan termasuk pesakit di pusat rawatan harian, wad pemerhatian dan di unit hemodialisis.

    2. Menyediakan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan dan paramedik bertugas di dewan bedah mengikut pekeliling terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.

    3. Membekalkan bahan makanan kering kepada jabatan yang layak dan memerlukan.

    4. Membekalkan produk susu enteral kepada wad berdasarkan pesanan.

 

Waktu Operasi jabatan

Jabatan Dietetik dan Sajian akan beroperasi setiap hari bermula pada pukul 5.00 pagi hingga 9.00 malam.

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam