Saiz Teks  A- A A+

Unit Kerja Sosial Perubatan

 

PENGENALAN

Kerja Sosial Perubatan adalah merupakan profesion menolong dalam konteks perkhidmatan kesihatan. Ia bertujuan untuk membantu memperkasakan kefungsian sosial pesakit  dan keluarga bagi mencapai  kesejahteraan hidup di dalam masyarakat seiring dengan kemampuan dan kewibawaan mereka.

Bagi merealisasikan agenda Kerja Sosial Perubatan maka Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) diwujudkan untuk menyedia dan memberikan perkhidmatan bantuan praktik dan terapi sokongan dalam konteks membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah sosial dalam perawatan terutamanya dari aspek psikososial.

 

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan psikososial yang berasaskan prinsip-prinsip kerja sosial bagi membantu mengatasi masalah sosial pesakit seiring dengan konsep rawatan komprehensif.

  1. Membantu pesakit meningkatkan kefungsian sosial mereka agar menjadi anggota masyarakat yang produktif serta berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.

 

VISI  JABATAN

Mewujudkan sebuah jabatan yang menyediakan perkhidmatan kerja sosial perubatan yang efektif dan cemerlang.

 

MISI JABATAN

Memberikan perkhidmatan psikososial yang menyeluruh melalui perkhidmatan kerja sosial perubatan yang profesional dan berkualiti bagi memenuhi ekspektasi pelanggan.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Jabatan Kerja sosial Perubatan telah merealisasikan peranannya melalui dua aktiviti teras iaitu bantuan praktik dan terapi sokongan.

  1. Bantuan Praktik  -  Pengendalian kes-kes ini  lebih tertumpu kepada mencari dan mendapatkan bantuan untuk pesakit. Jenis-jenis bantuan:

    1. Bantuan kewangan – pembelian perlatan perubatan , pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan dan bantuan am

    2. Penempatan ke institusi – GO dan NGO

    3. Kesan waris / perancangan discaj /keluar wad

  1. Terapi Sokongan – Bantuan ini adalah merupakan khidmat perundingan, intervensi krisis dan sokongan emosi. Umumnya ia lebih menjurus kepada mendekati, memahami dan menerima serta merungkai permasalahan pesakit dari aspek emosinya. Jenis-jenis cubaan bunuh diri, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, kes rogol, ibu tanpa nikah dan anak angkat serta trauma.

 

Direktori

  1. Talian Utama 03-55263000

  2. Maklumat Ketua Unit

Norfah Binti Saylilla

Unit Kerja Sosial Perubatan

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam