Saiz Teks  A- A A+

Kaedah Pelaksanaan SPIKPA

  1. Kerajaan telah memutuskan supaya pelaksanaan SPIKPA di hospital-hospital KKM bermula pada 1 Januari 2011. Semua pekerja asing adalah diwajibkan mengambil polisi insurans ini dengan jumlah perlindungan isurans kesihatan sebanyak RM 10,000.00 setahun dan bayaran premium insurans sebanyak RM 120 setahun bagi seorang pekerja asing.
  2. SPIKPA ini dilaksanakan secara cashless. Ini bermakna pekerja asing yang dilindungi di bawah SPIKPA yang dimasukkan ke hospital KKM tidak perlu membayar sebarang deposit atau mengemukakan surat jaminan/Guarantee Letter (GL) daripada syarikat insurans. Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu pasport bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk.
  3. Bagi pekerja asing yang dikesan mempunyai bil tertunggak di mana-mana hospital KKM, pekerja asing/majikan berkenaan adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan bil tersebut sebelum memohon pembaharuan permit kerja. Bagi pekerja asing yang gagal menjelaskan bil tertunggak tersebut, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tamat tempoh dan majikan yang bertanggungjawab akan disenarai hitamkan oleh pihak Jabatan lmigresen Malaysia. Majikan yang telah disenarai hitamkan tidak akan dibenarkan mengambil pekerja asing baru.

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam