Saiz Teks  A- A A+

Prosedur Bagi Kemasukan Wad

  1. Orang Awam Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing perlu membayar wang cagaran seperti yang telah ditetapkan ketika pendaftaran.
  2. Kakitangan Kerajaan perlu mengemukakan Surat Pengesahan Kakitangan Kerajaan (Guarantee Letter) yang dikeluarkan oleh Jabatan tempat esakit/ waris bertugas. (Sila maklumkan kepada petugas kaunter sekiranya pesakit/ waris hendak menggunakan eGL HRMIS, dan sertakan seklai nombor kad pengenalan pesakit/ waris yang berkenaan untuk memudahkan petugas kaunter mencari data pesakit/ waris di dalam sistem HRMIS)
  3. Pesara Kerajaan perlu mengemukakan kad pesara bersama salinan kad pesara semasa pendaftaran
  4. Kakitangan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengemukakan Surat Jaminan Syarikat Swasta tempat pesakit/ waris bertugas untuk dikecualikan dari membayar deposit.
  5. Pelajar Sekolah/ Pelajar IPT Awam perlu mengemukakan Surat Akuan Pelajar dari sekolah/ IPT.

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam