Saiz Teks  A- A A+

Prosedur Penyediaan Laporan Perubatan

Indeks Artikel

 

  1. Melalui Pos
  2. Melalui Kaunter
  3. Surat Keizinan

 

a. Membuat permohonan bertulis kepada:-

PengarahHospital Shah Alam
Persiaran Kayangan
Seksyen 7,
40000 Shah Alam
Selangor
(u/p: Jabatan Rekod Perubatan)

b. Permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen berikut:

i. Surat keizinan mengeluarkan laporan perubatan yang ditandatangani oleh pesakit atau waris jika pesakit dibawah umur 18 tahun.

ii. Sainan kad pengenalan waris/ pesakit

iii. Salinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.

c. Melampirkan borang yang berkaitan jika sekiranya permohonan bertuhuan untuk mendapatkan tuntutan insurans, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya.


 

a. Pesakit hadir sendiri dengan membuat permohonan melengkapkan borang permohonan.

b. Permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen berikut:-

i. Salinan kad pengenalan waris/pesakit
ii. Salinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.

c. Melampirkan borang yang berkaitan jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insurans, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya.

d. Membuat bayaran bagi permohonan laporan perubatan (rujuk caj laporan perubatan)


 

  1. Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit ataupun waris. Salinan Sijil Nikah / Sijil Kelahiran pemohon menunjukkan pertalian pesakit.
  2. Jika pesakit meninggal dunia, pengesahan waris yang sah disegi undang-undang perlu menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai bukti.
  3. Permohonan Laoran Perubatan bagi pesakit warganegara asing yang tidak dapat dikesan / meninggal dunia, atau warisnya juga tidak dapat dihubungi, perlu disertakan dengan surat keizinan dari pihak Kedutaan Negara berkenaan.
  4. Bagi pesakit berumur bawah 18 tahun atau pesakit yang tidak sedarkan diri atau kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia surat keizinan dari waris terdekat diperlukan.

Cetak Emel

Ikuti Kami

Laman Facebook Hospital Shah Alam  Laman YouTube Hospital Shah Alam  Laman Twitter Hospital Shah Alam