Pengurusan Hospital

Unit Hal Ehwal Islam

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam merupakan salah satu unit yang berada di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Shah Alam. Penubuhannya sebagai satu mekanisme ke arah menjaga kemaslahatan seluruh warga Hospital Shah Alam dan para pesakit yang beragama Islam dari sudut fizikal dan spiritual selaras dengan tuntutan syriat Islam. Fungsi Unit Hal Ehwal Islam Hospital Shah Alam merangkumi :

  1. Merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah.

  2. Mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program Penerapan Nilai-nilai Islam kepada kakitangan hospital.

  3. Menguruskan perkhidmatan khidmat nasihat, pengurusan jenazah dan menyediakan bahan-bahan penerbitan berkaitan Hal Ehwal Islam

  4. Menguruskan fasaliti berkaitan agama Islam seperti kit Ibadah Pesakit, surau, musolla dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan Hal Ehwal Islam.

OBJEKTIF

  1. Menjadi sebuah unit yang mampu memenuhi perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada kakitangan dan pesakit di Hospital Shah Alam.
  2. Menjadikan Hospital Shah Alam sebagai hospital yang berteraskan konsep Hospital Mesra Ibadah.
  3. Melahirkan kakitangan hospital yang mahir dalam pengurusan ibadah pesakit.

MISI

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada kakitangan dan pesakit di Hospital Shah Alam dengan penuh berhemah dan berhikmah.

VISI

Menyediakan perkhidmatan ke arah membina pembangunan insan yang syumul dari sudut fizikal, mental dan spiritual.

AKTIVITI UTAMA UNIT

  1. Melaksanakan program-program Pembangunan Insan dan latihan kepada kakitangan Hospital Shah Alam.
  2. Menjalankan sesi Bimbingan Khidmat Nasihat Kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris.

  3. Melaksanakan program ziarah kepada para pesakit secara berkala.
  4. Menyedia dan menyelaras fasaliti berkaitan Hospital Mesra Ibadah.
  5. Mengawal selia Pengurusan Jenazah Islam.
  6. Menyediakan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam.

DIREKTORI

Ustazah Junidah Bt Abdul Rahim

Ketua Unit Hal Ehwal Islam

Sambungan : 1307

Ustazah Norfarhana Bt Mohd Azam

Pembantu Hal Ehwal Islam

Sambungan : 1306

  • 24 July 2020.

Total Visitors : 454260

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 5526 3000 / 03 5526 3400 | Faks: 03 5526 3202 

Hakcipta Terpelihara © 2019 Hospital Shah Alam