Caj Kemasukan Wad

Pengenalan

Kadar bayaran deposit kemasukan wad di Hospital Shah Alam adalah bergantung kepada jenis perubatan dan mengikut kelas yang telah ditetapkan. Semua pesakit dikehendaki membayar deposit apabila dimasukkan ke wad kecuali seperti yang dinyatakan di bawah.

Disiplin Wad Warganegara (RM) Bukan Warganegara (RM)
  Eksekutif Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga Eksekutif Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga
Perubatan 700 700 200 20 2,100 2,100 900 600
Pembedahan 1,100 1,100 400 30 3,300 3,300 1,500 1,200
Bersalin/Sait Puan 800 800 350 15 2,100 2,100 1,500 1,200

Orang Awam Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing perlu membayar wang cagaran seperti yang telah ditetapkan ketika pendaftaran.

Kakitangan Kerajaan perlu mengemukakan Surat Pengesahan Kakitangan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan tempat pesakit/waris bertugas. (Sila maklumkan kepada petugas kaunter sekiranya pesakit / waris hendak menggunakan GL online HRMIS, dan sertakan sekali no. kad pengenalan pesakit/ waris yang berkenaan untuk memudahkan petugas kaunter mencari data pesakit/waris di dalam sistem HRMIS).

Pesara Kerajaan perlu mengemukakan kad pesara bersama salinan kad pesara semasa pendaftaran.

Kakitangan Swasta yang berdaftar dengan KKM perlu mengemukakan Surat Jaminan Syarikat Swasta tempat pesakit/waris bertugas untuk dikecualikan dari membayar deposit.

Pelajar Sekolah/Pelajar IPT Awam perlu mengemukakan Surat Akuan Pelajar dari sekolah/IPT.

  • 24 Julai 2020.

Jumlah pengunjung 454280

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 5526 3000 / 03 5526 3400 | Faks: 03 5526 3202 

Hakcipta Terpelihara © 2019 Hospital Shah Alam