Jabatan Otorinolaringologi Hospital Shah Alam bertindak sebagai Pusat Perkhidmatan Otorinolaringologi ( telinga, hidung dan tekak) yang merangkumi:
1. Perkhidmatan perawatan telinga, hidung dan tekak serta kepala dan leher sekunder
2. Perkhidmatan audiologi
3. Perkhidmatan pertuturan dan bahasa
4. Pekhidmatan vestibular
Selaras dengan visi Kementerian Kesihatan, Jabatan Otorinolaringologi berikrar akan mengamalkan pendekatan yang holistik dalam menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang mempunyai masalah telinga, hidung dan tekak
Memberi perkhidmatan perubatan dan pembedahan dalam semua aspek kepakaran Otorinolaringologi dengan penekanan kepada penyertaan aktif pesakit, ahli keluarga dan perawat kesihatan.
Kami beriltizam untuk :
• Menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, berkualiti tinggi, berkesan dan cekap
• Membangunkan tenaga kerja yang cekap, berdisiplin dan beretika
• Mewujudkan sebuah organisasi yang didorong oleh pengetahuan, inovasi, integriti dan amanah
• Untuk bekerja dalam perkongsian dengan komuniti untuk menggalakkan kesihatan
1. Menyediakan perkhidmatan Otorinolaringologi dan sains kesihatan yang berkenaan seperti audiologi, bahasa dan pertuturan serta bidang perubatan vestibular.
2. Memberi pendidikan dan latihan dalam kepakaran Otorinolaringologi kepada perawat kesihatan, pesakit dan juga orang awam.
3. Menjadi tempat untuk penglibatan aktif dalam penyelidikan, inovasi dan aktiviti kualiti.
1.1 Perkhidmatan kes kecemasan telinga, hidung dan tekak
1.2 Perkhidmatan Otorinolaringologi umum
1.3 Perkhidmatan Audiologi
1.4 Perkhidmatan Terapi Pertuturan
1.5 Perkhidmatan pra dan pos pembedahan
1.6 Perkhidmatan Vestibular
2.1 Perkhidmatan pembedahan telinga, hidung dan tekak
2.2 Perkhidmatan rawatan penyakit telinga, hidung dan tekak
3.0 Perkhidmatan latihan
1. Talian utama
03- 55263000
03- 55263200 ex 3101
2. Maklumat Ketua Jabatan :
Hospital Shah Alam MMC
No : 33749
Kemaskini Terakhir
21 April 2021.Today 226
Yesterday 439
Week 2522
Month 14280
Jumlah pengunjung 546748