Jabatan Patologi Hospital Shah Alam menyediakan perkhidmatan makmal diagnostik bagi Hematologi, Patologi Kimia, Transfusi Perubatan, Mikrobiologi Perubatan, dan Patologi Anatomik kepada pelanggan dalaman di Hospital Shah Alam dan pelanggan luaran dari klinik-klinik kesihatan di Daerah Petaling.
Jabatan ini akan menyediakan perkhidmatan patologi dan tranfusi yang komprehensif dan berkualiti, cekap, kos efektif, dan menggunakan metodologi semasa yang selaras dengan perkhidmatan klinikal.
Jabatan ini akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, boleh dipercayai, dan berkualiti untuk mencapai kecemerlangan penjagaan kesihatan pesakit yang disampaikan dengan persekitaran yang selamat, penyayang, dan profesional.