Jabatan Pembedahan Am Hospital Shah Alam menyediakan perkhidmatan rawatan ”secondary care” kepada semua kes-kes berkaitan pembedahan am untuk semua peringkat umur yang merangkumi pesakit luar dan pesakit dalam.
Jabatan Pembedahan Am mempunyai 2 wad bedah, 1 wad lelaki dan 1 wad perempuan dimana kedua-dua wad ini digunasama dengan disiplin bedah yang lain iaitu Oftalmologi, ORL, Pembedahan Maxillo-Facial & Dental dan Ortopedik. Setiap wad mempunyai kapasiti 28 katil. Perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini termasuk perkhidmatan endoskopi, pembedahan rawatan harian, klinik pakar Pembedahan Am dan perkhidmatan wad di mana pesakit boleh menjalani pembedahan elektif atau kecemasan.
Mewujudkan Jabatan Pembedahan Am yang menawarkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan efisien melalui kerja berpasukan selaras dengan perkembangan dan keperluan para pelanggan.
Jabatan Pembedahan Am Hospital Shah Alam akan memberikan perkhidmatan pembedahan am yang berkualiti bagi memastikan penyembuhan kesihatan yang optima secara profesional, efektif dan selamat bagi memuaskan kehendak para pelanggan.
Talian utama :
03-55263000 ext 3001
Maklumat Ketua Jabatan :
Hospital Shah Alam
No. Pend. Penuh MMC : 32991