Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Shah Alam memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Shah Alam dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisien disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan.
Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan plan yang komprehensif termasuk pengendalian Pra Hospital, resusitasi, stabilisasi dan pengurusan perawatan definitif, Khidmat Pusat Bersepadu ( OSCC ), pengurusan bencana, dan pengendalian pasukan perubatan untuk upacara-upacara rasmi.
Plan pengurusan pesakit memerlukan pendekatan yang meluas meliputi fokus kepada pelanggan, perawatan yang berkualiti, tahap kesihatan yang baik dan menjaga maruah pesakit di samping beberapa pendekatan lain seperti mengadakan aktiviti pendidikan kesihatan.
Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Shah Alam menjadi salah satu pusat yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat, cekap dan efisien.
Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan Panggilan Ambulan
Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma Hospital Shah Alam beroperasi 24 jam setiap hari.
Pesakit dan Pelanggan yang datang mendapatkan rawatan disini adalah mereka yang mengalami masalah kesihatan serta kes-kes kecemasan yang serius atau kritikal.
Untuk mendapatkan perkhidmatan sila berjumpa dengan petugas di pintu masuk jabatan yang dikenali sebagai Petugas Saringan atau Petugas Triage. Maklumkan keperluan kecemasan anda.
Interaksi anda membolehkan mereka membuat penilaian awal dan menyesuaikan permasalahan kecemasan dengan jenis perawatan.