Unit Kejuruteraan Hospital Shah Alam Selangor, HSAS adalah salah satu Unit Teknikal yang bertindak sebagai penasihat kepada Pengarah Hospital atas segala perkara yang melibatkan Sistem Kejuruteraan dan Perkhidmatan Sokongan Hospital, PSH yang diuruskan oleh Syarikat Konsesi yang dilantik. Antara tanggungjawab Unit Kejuruteraan HSAS adalah:
1. Memantau dan mengawalselia PSH yang berikut;
2. Terlibat dalam urusan pelupusan dan verifikasi aset-aset Hospital
3. Penasihat teknikal untuk sistem Kejuruteran Hospital dan kontrak PSH
Menjadi rujukan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, BPK, KKM sebagai Unit Kejuruteraan Hospital yang berjaya meningkatkan imej Hospital dengan Perkhidmatan Sokongan yang berkualiti tinggi.
Unit Kejuruteraan Operasi akan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan:
1.1 Lawatan audit teknikal berjadual ke setiap kawasan Hospital
1.2 Penyemakan data dan dokumen PSH dari Syarikat Konsesi
1.3 Mengurusetia Mesyuarat Validasi PSH
2.1 Penyemakan permohonan pelupusan aset
2.2 Penyediaan sijil Pelupusan KEW-PA16
3.1 Menyediakan laporan-laporan teknikal ke atas segala insiden yang melibatkan PSH.
3.2 Melaporkan keadaan terkini aduan-aduan PSH yang masih dalam tindakan Syarikat Konsesi.
1. Talian utama: 03-5526 3000/ 3400 ext: 2003
2. Maklumat Ketua Unit:
ARIHAN SALLEHIN IDRIS
Ketua Unit,
Unit Kejuruteraan,
Hospital Shah Alam