Pengurusan Hospital

Unit Kualiti

UNIT KUALITI

Pengenalan:

Unit Kualiti Hospital Shah Alam mula ditubuhkan pada tahun 2016. Unit Kualiti berperanan sebagai pemantau dan pengawal selia semua aktiviti kualiti bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan jabatan secara khusus dan hospital secara am. 

Gol:

Memastikan semua aktiviti peningkatan kualiti (QI) dan quality assurance (QA) dilaksanakan berdasarkan standard dan garis panduan yang ditetapkan.

Objektif Unit:

  1. Melaksanakan sekurang-kurangnya 75% aktiviti latihan QI/QA yang telah dirancang dalam masa satu tahun.
  2. Melaksanakan sekurang-kurangnya 80% audit dalaman yang telah dirancang dalam masa satu tahun.
  3. Melaksanakan aktiviti QI di hospital dengan menghasilkan sekurang-kurangnya tiga projek baru (Clinial Audit/ Hospital Specific Approach(HSA)/Inovasi) dari pelbagai jabatan setiap tahun.

Fungsi Unit:

  1. Aktiviti Peningkatan Kualiti (QI)
    1. Menyelaras dan memantau aktiviti Hospital Specific Approach (HSA), Inovasi, Audit Klinikal
  2. Aktiviti Jaminan Kualiti (QA)
    1. Menyelaras dan memantau aktiviti surveilans pencapaian hospital dan jabatan (HPIA, KPI Perkhidmatan Klinikal, KPI PKN/TPKN)
    2. Menyelaras, melaksanakan dan memantau aktiviti pensijilan (Akreditasi MSQH, Pain Free Hospital, Hospital Mesra Ibadah)
    3. Menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti berkenaan pengalaman pesakit (patient experience) – inisiatif lean, kajian kepuasan pelanggan
  3. Aktiviti keselamatan dan pengurusan risiko
    1. Menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti Incident Reporting, Pengurusan Risiko, Mortality & Morbidity dan Patient Safety.
  4. Aktiviti latihan dan kompetensi
    1. Menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti privileging, CME dan Clinical Performance Verification (CPVF) pakar
  5. Lain-lain aktiviti pengurusan hospital
    1. Sekretariat Mesyuarat Ketua Jabatan
    2. Menyelaras aktiviti hospital kluster

Pegawai untuk dihubungi:

Dr Fatimah binti Abdullah

Ketua Unit

Unit Kualiti, Hospital Shah Alam

No tel: 03-55263000 sambungan 3317/3308/3306/1305/1304

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • 20 April 2021.

Today 617

Yesterday 690

Week 1307

Month 9210

Jumlah pengunjung 541678

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 5526 3000 / 03 5526 3400 | Faks: 03 5526 3202 

Hakcipta Terpelihara © 2019 Hospital Shah Alam