Jabatan Dietetik dan Sajian adalah salah sebuah jabatan sokongan klinikal di Hospital Shah Alam. Jabatan ini terletak di aras 1 Zon A, besebelahan dengan Jabatan Forensik dan Unit Kejuruteraan. Jabatan ini menawarkankan 2 perkhidmatan yang utama iaitu :
Perkhidmatan Dietetik Klinikal yang melibatkan penyampaian ‘Medical Nutrition Therapy’ (MNT) dalam membantu perawatan pesakit yang dirujuk.
Perkhidmatan Sajian Makanan yang mana aktiviti sajian makanan diswastakan dan dijalankan secara berpusat.
Jabatan Dietetik dan Sajian akan sentiasa berusaha dalam perkembangan perkhidmatan dietetik, perkhidmatan sajian makanan dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk:
Perkhidmatan Dietetik
Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promotif, pencegahan, rawatan dan pemulihan berdasarkan amalan ’evidenced-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
Perkhidmatan Sajian Makanan
Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan menggunakan sistem yang bersesuaian serta berkualiti.
Melaksanakan sistem pengurusan dengan cekap berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
4.1 Perkhidmatan Dietetik
Perkhidmatan Dietetik yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Pengurusan Perkhidmatan Dietetik adalah seperti berikut:
Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Individu
Klinik Dietetik Pesakit Luar (individu) akan diadakan 4 kali seminggu di aras 1, Klinik Pakar. Jadual perkhidmatan kaunseling pemakanan adalah seperti berikut:
Hari | Masa |
Isnin | 8.00 pagi hingga 1.00 petang |
Selasa | 8.00 pagi hingga 1.00 petang |
Rabu | 8.00 pagi hingga 1.00 petang |
Khamis | 8.00 pagi hingga 1.00 petang |
Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Berkumpulan
Klinik dietetik (Berkumpulan) akan diadakan pada hari Jumaat, pada 10.00 hingga 11.00 pagi
Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam
Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam akan dikendalikan di wad pada setiap hari bekerja daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang
4.2 Perkhidmatan Sajian Makanan
Menyediakan makanan yang selamat dan berkualiti dengan menggunakan sistem yang bersesuaian bagi menepati keperluan pemakanan pesakit dengan mematuhi panduan dan peraturan kebersihan dan keselamatan makanan.
Perkhidmatan Sajian Makanan adalah seperti berikut:
Menyediakan diet normal dan diet teraputik mengikut pesanan wad untuk wad diraja, kelas satu, dua, tiga, wad kanak-kanak, ibu menemani anak (MAC) dan termasuk pesakit di pusat rawatan harian, wad pemerhatian dan di unit hemodialisis.
Menyediakan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan dan paramedik bertugas di dewan bedah mengikut pekeliling terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.
Membekalkan bahan makanan kering kepada jabatan yang layak dan memerlukan.
Membekalkan produk susu enteral kepada wad berdasarkan pesanan.
Jabatan Dietetik dan Sajian akan beroperasi setiap hari bermula pada pukul 5.00 pagi hingga 9.00 malam.
Kemaskini Terakhir
21 April 2021.Today 226
Yesterday 439
Week 2522
Month 14280
Jumlah pengunjung 546748