Hospital Shah Alam (HSAS) terletak kira-kira 1km daripada Bandaraya Shah Alam di Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling, 14km daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan 25km daripada Hospital Universiti. Pembinaan Hospital Shah Alam seluas 30 ekar telah dimulakan pada tahun 2007 dan merupakan hospital Kerajaan yang pertama di daerah Petaling.
Hospital Shah Alam merupakan hospital sekunder dengan kapasiti 300 katil dan merupakan hospital dengan perkhidmatan pakar dengan menyediakan perkhidmatan sekunder seperti berikut:
Perubatan Am dan kepakaran berkaitan
Pembedahan Am
Pediatrik
Obstetrik & Ginekologi
Anestesiologi
Rehabilitasi (Fisioterapi dan Cara Kerja)
Ortopedik
Patologi
Pengimejan dan Diagnostik
Otorinolaringologi
Bedah Mulut
Pergigian Pediatrik
Oftalmologi
Kecemasan & Trauma
Kemaskini Terakhir
21 April 2021.Today 224
Yesterday 439
Week 2520
Month 14278
Jumlah pengunjung 546746